tanah dan langit yang sama kita pijak dan junjung sebelum tanah menjemput dan langit melambai.
Saturday, June 7, 2008
memunggah@merobohkan
meroboh surau.dengan perasaan sedih surau lama telah pun dipunggah dan dipindahkan ke tempat baru. kerja dijalankan secara bergotong royong di ketuai oleh tn haji mat dan haji pok ya. dua otai yang sangat berpengalaman. cokeh situ,cungkil sana, ketuk sana-sini akhir surau lama ini tinggal lagi kenangan. solat subuh terakhir hari itu ada sedikit touching setelah lebih dari 10 tahun surau stesyen teksi ini berkhidmat di tamankatong.
Friday, June 6, 2008
bulan perpaduan.
bertempat di Surau Al Islah ada baca yasin,tahlil dan solat hajat.kehadiran menggalakkan serta diserta ustaz abdullah, guru takmir jabatan agama yang ditugaskan serta resipi roti jala berkari yang menyelerakan.mesyuarat ajk krt ke 3/2008 turut diadakan juga pada malam tersebut. turut hadir en azilan pen.pegawai jpnin terengganu. pengerusi sedang memberikan taklimat, manakala ahli sungguh fokus. syabas cikgu..
program walkathon keluarga dan majlis selawat dan berzanji jiran wanita juga termasuk dalam program bulan perpaduan. tunggu entri akan datang, tunggu gambar dari mat bank negara.sobar...
program walkathon keluarga dan majlis selawat dan berzanji jiran wanita juga termasuk dalam program bulan perpaduan. tunggu entri akan datang, tunggu gambar dari mat bank negara.sobar...
pra srs bermula dengan..
kearah perlaksanaan SRS (Skim Rondaan Sukarela) satu aktiviti pra SRS telah dimulai dengan acara bbq ayam dan mee hoon goreng sumbangan pak rani. seramai lebih dari 20 ahli ikut serta. mengikut jadual yang dirangka terdapat 40 ahli terlibat. 20 untuk satu syift terbahagi pada dua zon. program diadakan setiap jumaat jam 11.00 - 4.00 pagi dan surau dijadikan post utama.
ramai ahli duk ronda di post.apa pun selamat berkhidmat untuk kesejahteraan semua.
ada berita ada gambar.
Tuesday, April 1, 2008
poco-poco & nasi lemak ikan aya.
bertempat di taman permainan taman katong jaya, krt taman telah mengadakan program Sarapan Bersama dan antara pengisian program tersebut ialah senamrobik dan sarapan nasi lemak. turut hadir pegawai perpaduan puan ros dan en azilan memeriahkan acara.terimakasih pada instruktur senamrobik en hairul dari pej kesihatan hulu terengganu
pn.ros dan en azilan serta tidak ketinggalan kak ara pembuat nasi lemak bermutu tinggi.
lagi-lagi foto untuk program ini sila klik ni:
Monday, January 28, 2008
surer
musim 'surer' datang lagi.sekali lagi warga taman katong turun padang memeriah acara.masing-masing dengan tugasan dan skill tersendiri.dengan penubuhan krt sebanyak 3 kawah 'surer' telah berjaya dikawahkan bertempat di padang permainan. kehadiran cik lan pegawai perpaduan daerah kuala terengganu menceriakan suasana.
lagi-lagi foto 'majlis surer' sila klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)