Saturday, June 7, 2008

memunggah@merobohkan



meroboh surau.dengan perasaan sedih surau lama telah pun dipunggah dan dipindahkan ke tempat baru. kerja dijalankan secara bergotong royong di ketuai oleh tn haji mat dan haji pok ya. dua otai yang sangat berpengalaman. cokeh situ,cungkil sana, ketuk sana-sini akhir surau lama ini tinggal lagi kenangan. solat subuh terakhir hari itu ada sedikit touching setelah lebih dari 10 tahun surau stesyen teksi ini berkhidmat di tamankatong.




Friday, June 6, 2008

bulan perpaduan.

bertempat di Surau Al Islah ada baca yasin,tahlil dan solat hajat.kehadiran menggalakkan serta diserta ustaz abdullah, guru takmir jabatan agama yang ditugaskan serta resipi roti jala berkari yang menyelerakan.mesyuarat ajk krt ke 3/2008 turut diadakan juga pada malam tersebut. turut hadir en azilan pen.pegawai jpnin terengganu. pengerusi sedang memberikan taklimat, manakala ahli sungguh fokus. syabas cikgu..
program walkathon keluarga dan majlis selawat dan berzanji jiran wanita juga termasuk dalam program bulan perpaduan. tunggu entri akan datang, tunggu gambar dari mat bank negara.sobar...

pra srs bermula dengan..


kearah perlaksanaan SRS (Skim Rondaan Sukarela) satu aktiviti pra SRS telah dimulai dengan acara bbq ayam dan mee hoon goreng sumbangan pak rani. seramai lebih dari 20 ahli ikut serta. mengikut jadual yang dirangka terdapat 40 ahli terlibat. 20 untuk satu syift terbahagi pada dua zon. program diadakan setiap jumaat jam 11.00 - 4.00 pagi dan surau dijadikan post utama.

ramai ahli duk ronda di post.apa pun selamat berkhidmat untuk kesejahteraan semua.

ada berita ada gambar.














sambutan MaulidurRasul dan naik surau baru. Surau Al Islah Taman Katong Jaya. Kehadiran membanggakan lebih 200 ahli kecik besar. Pengisian majlis - Tazkirah Maulud oleh Ust Zakaria dan solat Asar berjemaah dan selawat diakhiri dengan makan-makan.