Sunday, March 22, 2009

maulud 21 mac 2009

sambutan maulud kali ni agak lebih besar dari tahun lepas. "biarlah, setahun sekali", kata orang kuat surau al islah tuan hj.mat. seekor lembu ditumbangkan beserta niat aqiqah beberapa orang ahli taman. majlis meriah dimulai dengan peteh lembu dan siang daging. lunch makan daging singgang oleh orang 'misah' yang diketua oleh pengerusi JW, kak mie.

jam 3.15 ketibaan team dikir maulud yang diundang dari kg.pulau manis. poksu man beserta 5 geng membaca rawi dan dikir berkumandang dicopong surau. en.azilan ariffin, pegawai jpnin terengganu turut hadir memeriahkan majlis turut bersama berdikir maulud.


jam 4.00 petang hujan turun dengan lebatnya..hujan rahmat
selepas asar selawat beramai-ramai pun bermula beserta majlis cukur kepala 2 orang anak ahli taman iaitu anak su krt, saberi berusia 2 bulan dan anak ihimran yang berusia 7 hari. meriah sungguh penuh jemaah dalam surau yang turut dihadiri oleh penduduk berhampiran.

"tahun depan insyaAllah kita buat lepas zohor secara besaran",kata hj mat penuh optimis.

Friday, March 20, 2009

larian bukit tinggi 2009



lebih dari 150 peserta menyertai dari seumur 5 tahun hingga 60 tahun dari masyarakat sekitar kg.banggol katong, tok badir, banggol pak ali dan banggol kapas. meriah dan berjaya kata pegawai perpaduan negeri terengganu en.azilan ariffin.


kita berhasrat program ini dijadikan acara tahunan dengan penganjuran bersama yang lebih besar dengan badan-badan ngo lain berkaitan disekitar, kata cikgu rosli. program pertama ini dianggap sebagai perintis untuk melihat sambutan dan komitmen yang diberikan.

apa pun tahniah pada seluruh tenaga kerja yang terlibat.