sambutan MaulidurRasul dan naik surau baru. Surau Al Islah Taman Katong Jaya. Kehadiran membanggakan lebih 200 ahli kecik besar. Pengisian majlis - Tazkirah Maulud oleh Ust Zakaria dan solat Asar berjemaah dan selawat diakhiri dengan makan-makan.
tanah dan langit yang sama kita pijak dan junjung sebelum tanah menjemput dan langit melambai.
Friday, June 6, 2008
ada berita ada gambar.
Tuesday, April 1, 2008
poco-poco & nasi lemak ikan aya.
pn.ros dan en azilan serta tidak ketinggalan kak ara pembuat nasi lemak bermutu tinggi.
lagi-lagi foto untuk program ini sila klik ni:
Monday, January 28, 2008
surer
lagi-lagi foto 'majlis surer' sila klik di sini.
Monday, December 3, 2007
dua khabar yang gumbira
50 peratus telah selesai bakal menggantikan surau lama. Awal tahun depan insyaAllah boleh digunapakai kata kontraktornya. terimakasih pada semua yang berusaha mendapatkannya terutama buat jkkk banggol katong.
manakala krt taman katong telah mendapat kelulusannya pada 19 oktober baru-baru ni. cikgu selli teraju utama dibantu oleh faudzi dan saberi sebagai su yang diamanahkan. selamat bekerja saudara-saudara
itulah dua khabar yang mengumbirakan...
Sunday, April 22, 2007
yb lawat kawasan
bersempena majlis maulidurRasul baru-baru ni yb dato abd.rahman bakar ahli parlimen marang sempat melawat kawasan taman permainan taman katong dan meluluskan peruntukkan rm 5 000.00 untuk gelanggang sepaktakraw selepas sessi jamuan makan.
terimakasih yb kata che din yang berbaju purple sambil cekak pinggang.
"fauzi, latih budak-budak kita jadi mahir dalam takraw" kata pengerusi taman yang tidak kelihatan dalam gambar.
hamzah dan zamri diam saja.
aku pun.
maulidrasul
lagi-lagi gambar maulid
http://www.flickr.com/photos/putsal/sets/72157600111244963/
Tuesday, February 6, 2007
assyura
adalah beras itu diibaratkan haji mat,rempah pak him, santan pak ya, manisan haji hashim, ikan mat bank negara, ayam tuan muda, kacang sabri, kacang merah fendi, ubi stela pok ya, sambal pok rani, gula che mat, dan lain-lain yang tak sempat disebutkan.
ada pun mereka ini beramai-ramai terjun dalam kawah. dikacau uli sehingga menjadi bubur assyura dan masak di agihkan pada ramai orang.
kesimpulannya : menjadi ukhwah, perpaduan, ikatan kekeluarga yang bermanfaat bergabung jadi satu bagi manfaat pada orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)