Saturday, June 13, 2009

dua aktiviti lewat








tanggal 7 jun 2009, sukaneka perpaduan di adakan bersempena sambutan bulan perpaduan diadakan di padang permainan taman katong. Lebih dari 70 peserta kecil besar mengikuti acara yang sederhana tapi meriah. Ada boling padang, ada lempar belon, sepakraga ratus bagi dewasa dan acara kanak-kanak juga tidak dilupakan.

“kita adakan satu lagi lebih besar dan meriah” kata pengerusi.



manakala pada 22 mei 2009 bertempat di dgelanggang boling padang bersempena menyambut hari muzium antarabangsa 2009 krt taman katong bergabung dengan krt permudahan desa permai seberang marang bagi acara sukan komuniti. Perlawanan diadakan setelah klinik dibimbing oleh persatuan boling padang negeri terengganu.

dapat hadiah tempat kedua dan keempat.

“kita main pulak lain kali “ kata cik jusoh dan kak mie mengangguk.

Sunday, March 22, 2009

maulud 21 mac 2009

sambutan maulud kali ni agak lebih besar dari tahun lepas. "biarlah, setahun sekali", kata orang kuat surau al islah tuan hj.mat. seekor lembu ditumbangkan beserta niat aqiqah beberapa orang ahli taman. majlis meriah dimulai dengan peteh lembu dan siang daging. lunch makan daging singgang oleh orang 'misah' yang diketua oleh pengerusi JW, kak mie.

jam 3.15 ketibaan team dikir maulud yang diundang dari kg.pulau manis. poksu man beserta 5 geng membaca rawi dan dikir berkumandang dicopong surau. en.azilan ariffin, pegawai jpnin terengganu turut hadir memeriahkan majlis turut bersama berdikir maulud.


jam 4.00 petang hujan turun dengan lebatnya..hujan rahmat
selepas asar selawat beramai-ramai pun bermula beserta majlis cukur kepala 2 orang anak ahli taman iaitu anak su krt, saberi berusia 2 bulan dan anak ihimran yang berusia 7 hari. meriah sungguh penuh jemaah dalam surau yang turut dihadiri oleh penduduk berhampiran.

"tahun depan insyaAllah kita buat lepas zohor secara besaran",kata hj mat penuh optimis.

Friday, March 20, 2009

larian bukit tinggi 2009



lebih dari 150 peserta menyertai dari seumur 5 tahun hingga 60 tahun dari masyarakat sekitar kg.banggol katong, tok badir, banggol pak ali dan banggol kapas. meriah dan berjaya kata pegawai perpaduan negeri terengganu en.azilan ariffin.


kita berhasrat program ini dijadikan acara tahunan dengan penganjuran bersama yang lebih besar dengan badan-badan ngo lain berkaitan disekitar, kata cikgu rosli. program pertama ini dianggap sebagai perintis untuk melihat sambutan dan komitmen yang diberikan.

apa pun tahniah pada seluruh tenaga kerja yang terlibat.

Friday, February 20, 2009

Thursday, February 19, 2009

berita muttakhir


kejohanan ping-pong terbuka banggol katong anjuran krt taman dan pemuda banggol katong. berjalan dalam suasana sebagaimana dirancang. penyertaan lebih dari 40 peserta namun hadiah utama bagi kategori persaorangan dan double berjaya dibolot oleh pasukan krt meskipun dengan penyertaan 7 peserta.

Dan projek ternakan lembu Jiran Muda telah diluluskan dengan suntikan dana sebanyak RM 8,000.00 yang telah di usahakan oleh Pengerusi Jiran Muda. Di beritakan 2 ekor lembu telah dibeli dan diternak bersama-sama dengan projek beliau yang telah sediaada.

Saturday, June 7, 2008

memunggah@merobohkan



meroboh surau.dengan perasaan sedih surau lama telah pun dipunggah dan dipindahkan ke tempat baru. kerja dijalankan secara bergotong royong di ketuai oleh tn haji mat dan haji pok ya. dua otai yang sangat berpengalaman. cokeh situ,cungkil sana, ketuk sana-sini akhir surau lama ini tinggal lagi kenangan. solat subuh terakhir hari itu ada sedikit touching setelah lebih dari 10 tahun surau stesyen teksi ini berkhidmat di tamankatong.




Friday, June 6, 2008

bulan perpaduan.

bertempat di Surau Al Islah ada baca yasin,tahlil dan solat hajat.kehadiran menggalakkan serta diserta ustaz abdullah, guru takmir jabatan agama yang ditugaskan serta resipi roti jala berkari yang menyelerakan.mesyuarat ajk krt ke 3/2008 turut diadakan juga pada malam tersebut. turut hadir en azilan pen.pegawai jpnin terengganu. pengerusi sedang memberikan taklimat, manakala ahli sungguh fokus. syabas cikgu..
program walkathon keluarga dan majlis selawat dan berzanji jiran wanita juga termasuk dalam program bulan perpaduan. tunggu entri akan datang, tunggu gambar dari mat bank negara.sobar...