10 team ikut berentap dari seawal pagi sabtu.
aksi final yang mendebarkan setelah hujan lebat reda.
masing-masing dengan hadiah tanah dan langit yang sama kita pijak dan junjung sebelum tanah menjemput dan langit melambai.
masing-masing dengan hadiah 

program Wayang Pacak dan Senaman Xi Gong 2 aktiviti mengisi kalendar krt yang mendapat sambutan yang baik dikalangan penghuni taman. Jumaat 3 julai pagi dengan senaman yang dibimbing oleh Ustaz Zakaria dan diakhiri dengan sarapan pagi manakala sebelah malam pula Wayang Pacak menampilkan filem Wayang lakonan Emam Manan dan Wan Kenari Ibrahim.

sambutan maulud kali ni agak lebih besar dari tahun lepas. "biarlah, setahun sekali", kata orang kuat surau al islah tuan hj.mat. seekor lembu ditumbangkan beserta niat aqiqah beberapa orang ahli taman. majlis meriah dimulai dengan peteh lembu dan siang daging. lunch makan daging singgang oleh orang 'misah' yang diketua oleh pengerusi JW, kak mie.
jam 3.15 ketibaan team dikir maulud yang diundang dari kg.pulau manis. poksu man beserta 5 geng membaca rawi dan dikir berkumandang dicopong surau. en.azilan ariffin, pegawai jpnin terengganu turut hadir memeriahkan majlis turut bersama berdikir maulud.
jam 4.00 petang hujan turun dengan lebatnya..hujan rahmat
