Sunday, January 10, 2010

bubur asyura merapat kejiranan






bubur asyura menjadi satu juadah yang sangat sinonim dalam usaha gotong-royong saban tahun. proses awal sehingga akhir menyediakan juadah ini mempunyai banyak falsafah dan intipati darinya sekiranya dapat dihayati dan diselami.
9 jan 2010 sabtu seramai 30 penghuni taman katong jaya dibawah anjuran krt taman katong berjaya menyiapkan 3 kawah bubur asyura dan akhirnya lebih dari 150 juadah ini dapat diagih-agihkan pada keseluruhan penghuni.
kehadiran en.azilan ariffin, pegawai jpnin negeri terengganu turut menyerikan acara.




Monday, December 14, 2009

tahniah setulus kasih seiring budi

en jusoh pengerusi krt tmn katong menerima replika cek dari timb.menteri

sebahagian dari anggota yang hadir di majlis tersebut.

merakamkan sekalung tahniah pada semua warga krt taman katong terpilih sebagai finalis anugerah krt harapan terbaik namun anugerah krt harapan cemerlang digondol oleh krt sungai kerak, marang.tahniah.

Sunday, November 15, 2009

krt harapan dan lawatan juri.

foto kenangan bersama barisan juri
menyemak dokumen dan sistem fail oleh juri
tanggal 14 nov lawatan juri bagi mengadili calon krt harapan berlangsung di surau taman al islah, taman katong jaya yang diketuai oleh pengarah jpnin terengganu en khalil haji ahmad dan 5 pegawai jpnin negeri. sedikit taklimat dan soal jawab berlangsung dalam mood yang harmonis. beberapa teguran yang sangat membina diberikan.

berbanyak terimakasih dari kami..

Saturday, October 31, 2009

crew change

pendaftaran idrt oleh cik noraida yusliza pen.pegawai jpnin kuala terengganu makan time lepas meeting
mesyuarat perlantikan ajk krt sesi 2009-2011 telah berlalu dalam suasana yang cukup tenang. peralihan tenaga penggerak berlangsung pada 18 okt 2009 bertempat di surau al islah taman katong dihari oleh cik noraida yusliza pen pegawai jpnin kuala terengganu dan pengerusi jkkk banggol katong.

pengerusi : en jusoh yunus
timb.pengerusi : tuan manaf tuan mamat
setiausaha : mohamad abd ghani
pen.setiausaha : mohd saberi muda
bendahari : ihimran ismail


jiran muda : hamzah abu bakar
jiran wanita : puan zainab mohd noor
jiran usia emas : tuan haji mohamad & ibrahim mohamad
tunas jiran : ahmad bin bidin

tahniah pada team pengurusan baru.

Sunday, August 16, 2009

futsal 12 tahun

futsal bawah 12 tahun dengan kerjasama pemuda banggol katong berlangsung pada 18 julai dengan penyertaan lebih dari 50 pserta dari kawasan berdekatan. meriah dan menghiburkan.
10 team ikut berentap dari seawal pagi sabtu.

finalis taman katong vs kg banggol katong A

aksi final yang mendebarkan setelah hujan lebat reda.
masing-masing dengan hadiah

program di akhir dengan jamuan laksa dari JW.

en.azilan bersama pengerusi .
"asal buat program hujan lebat" kata cik lan.
"alhamdulillah, rahmat.."balas cikgu rosli.
terimakasih pada semua yang menjayakan program.






Wednesday, July 8, 2009

wayang pacak dan senaman xi gong



program Wayang Pacak dan Senaman Xi Gong 2 aktiviti mengisi kalendar krt yang mendapat sambutan yang baik dikalangan penghuni taman. Jumaat 3 julai pagi dengan senaman yang dibimbing oleh Ustaz Zakaria dan diakhiri dengan sarapan pagi manakala sebelah malam pula Wayang Pacak menampilkan filem Wayang lakonan Emam Manan dan Wan Kenari Ibrahim.
Lebih dari 70 penonton hadir sambil makan kacang rebus dan teh o yang diagihkan pada hadirin.

Turut sama dalam program ini adalah Sdr Wan Kenari selaku pelakon pembantu dalam filem tersebut tanpa enggan menampilkan diri di tengah khalayak. Siri Wayang Pacak ini akan menjadi satu aktiviti tetap yang berterusan dari masa ke semasa..

Saturday, June 13, 2009

dua aktiviti lewat








tanggal 7 jun 2009, sukaneka perpaduan di adakan bersempena sambutan bulan perpaduan diadakan di padang permainan taman katong. Lebih dari 70 peserta kecil besar mengikuti acara yang sederhana tapi meriah. Ada boling padang, ada lempar belon, sepakraga ratus bagi dewasa dan acara kanak-kanak juga tidak dilupakan.

“kita adakan satu lagi lebih besar dan meriah” kata pengerusi.



manakala pada 22 mei 2009 bertempat di dgelanggang boling padang bersempena menyambut hari muzium antarabangsa 2009 krt taman katong bergabung dengan krt permudahan desa permai seberang marang bagi acara sukan komuniti. Perlawanan diadakan setelah klinik dibimbing oleh persatuan boling padang negeri terengganu.

dapat hadiah tempat kedua dan keempat.

“kita main pulak lain kali “ kata cik jusoh dan kak mie mengangguk.