Monday, January 28, 2008

surer


musim 'surer' datang lagi.sekali lagi warga taman katong turun padang memeriah acara.masing-masing dengan tugasan dan skill tersendiri.dengan penubuhan krt sebanyak 3 kawah 'surer' telah berjaya dikawahkan bertempat di padang permainan. kehadiran cik lan pegawai perpaduan daerah kuala terengganu menceriakan suasana.
lagi-lagi foto 'majlis surer' sila klik di sini.

Monday, December 3, 2007

dua khabar yang gumbira



kelulusan tapak surau taman katong dan proses pembinaannya
50 peratus telah selesai bakal menggantikan surau lama. Awal tahun depan insyaAllah boleh digunapakai kata kontraktornya. terimakasih pada semua yang berusaha mendapatkannya terutama buat jkkk banggol katong.
manakala krt taman katong telah mendapat kelulusannya pada 19 oktober baru-baru ni. cikgu selli teraju utama dibantu oleh faudzi dan saberi sebagai su yang diamanahkan. selamat bekerja saudara-saudara
itulah dua khabar yang mengumbirakan...




Sunday, April 22, 2007

yb lawat kawasan


bersempena majlis maulidurRasul baru-baru ni yb dato abd.rahman bakar ahli parlimen marang sempat melawat kawasan taman permainan taman katong dan meluluskan peruntukkan rm 5 000.00 untuk gelanggang sepaktakraw selepas sessi jamuan makan.
terimakasih yb kata che din yang berbaju purple sambil cekak pinggang.
"fauzi, latih budak-budak kita jadi mahir dalam takraw" kata pengerusi taman yang tidak kelihatan dalam gambar.
hamzah dan zamri diam saja.
aku pun.

maulidrasul

buat maulud baru-baru ni, jumaat 13 april 2007 bersamaan 25 rabiulawal 1428. kehadiran full.cuma beza tahun ni diundang team dikir dari pulau manis pak kori paksuman and the gang. dikir dua tiga fasa selepas solat asar berdiri dan selawat. kemudian makan-makan.

lagi-lagi gambar maulid
http://www.flickr.com/photos/putsal/sets/72157600111244963/

Tuesday, February 6, 2007

assyura


adalah beras itu diibaratkan haji mat,rempah pak him, santan pak ya, manisan haji hashim, ikan mat bank negara, ayam tuan muda, kacang sabri, kacang merah fendi, ubi stela pok ya, sambal pok rani, gula che mat, dan lain-lain yang tak sempat disebutkan.
ada pun mereka ini beramai-ramai terjun dalam kawah. dikacau uli sehingga menjadi bubur assyura dan masak di agihkan pada ramai orang.
kesimpulannya : menjadi ukhwah, perpaduan, ikatan kekeluarga yang bermanfaat bergabung jadi satu bagi manfaat pada orang lain.

Sunday, December 24, 2006

main-main bola



orang taman main futsal.
team yang dipaksa ikut serta.
ada pemain lincah tapi tak merbahaya
ada lincah membahayakan gawang sendiri
dan ada yang tak tahu mana gawang sendiri
mana gawang lawan.

tapi yang penting kami
sangat gumbira...
lagi-lagi aksi hebat










mukadimah.


profile
nama penuh :taman katong jaya,kg.banggol katong
mukim :serada kuala terengganu
lokasi :15 km dari kuala terengganu.